Wednesday 26 October 2011

MANTAPKAN DIRI KITA:PENGAJARAN TATABAHASA YANG BERKESAN!

1. Setiap pelajaran tatabahasa yang diajarkan hendaklah diikuti dengan banyak
    contoh yang sesuai.

2. Kaitkan penerangan dengan perkara-perkara yang berlaku.Wujudkan satu situasi
    yang bermakna.

3. Fungsi awalan dan akhiran haruslah diajar berhubung dengan karangan atau per-
    tuturan.

4. Banyakkan ulangan dan latih tubi untuk mengekalkan ingatan.

5. Jangan sesekali meminta murid-murid menghafal definisi.

6. Segala kesalahan yang ditemui dalam karangan atau pertuturan hendaklah dibetulkan
    dengan teknik-teknik tatabahasa yang betul.

7. Guru hendaklah mencari jalan agar pelajaran tatabahasa ini dapat disampaikan
    dengan cara yang menarik dan dalam suasana yang menggembirakan.

8. Pelajaran tatabahasa akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru menjalankan
    pengajarannya berdasarkan sebuah petikan.Aspek-aspek tatabahasa akan lebih jelas
    dilihat melalui penggunaannya dalam ayat-ayat.


                                       SELAMAT BERUSAHA
                         

No comments:

Post a Comment