Wednesday 21 December 2011

SOALAN SIMPULAN BAHASA

                            Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua.
Hari ini kita belajar simpulan bahasa.Cuba jawab kesemua soalan tersebut dengan baik.
Latihan berbentuk soalan menjadikan kita lebih cekap dan menambahkan ilmu.
Selamat menjawab!

                                          SIMPULAN BAHASA

• Simpulan bahasa ialah ungkapan indah yang dicipta untuk melahirkan
sesuatu perasaan secara tidak langsung
• Bertujuan untuk menyindir ,mendidik atau memberikan pengajaran
dan pedoman kepada masyarakat

LATIHAN 1

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1 “Nasihat saya langsung tidak dipedulikannya. ............ betul budak itu,”
Kak Yah kepada kami.
A Kepala lutut
B Kepala lanun
C Kepala angin
D Kepala batu

2 Kalau ayah.......... yang lebih tahun ini , ayah akan membawa kami berumrah sambil
melancong ke Eropah .
A ada rezeki
B membawa rezeki
C mencari rezeki
D terbuka rezeki

3 Anak-anak Pak Aris disenangi oleh jiran-jirannya kerana mereka ...............
A tinggal tulang
B berat tulang
C tulang belakang
D ringan tulang

4 “Pada tahun ini nampaknya buah-buahan di kampung kami .............. ,” keluh
Batin Uda .
A kurang jatuh
B kurang jadi
C kurang masak
D kurang manis

5 “ Dulu keluarga opah hidup susah, jadi ayah opah tidak .......... tentang persekolahan opah,”
kata Opah Rozy kepada cucu-cucunya.
A ambil langkah
B ambil berat
C ambil hati
D ambil kira

6 Kita tidak patut ............. kawan kita di hadapan rakan-rakan kita yang lain.
A membuka hati
B membuka langkah
C membuka pekong
D membuka mulut

7 “ Bersabar tuan hamba,jangan cepat melenting dan terlalu mengikut ............. , nanti kita
juga yang akan kecundang,” kata Pak Malau kepada Si Jaka.
A darah muda
B darah tinggi
C darah perkasa
D darah gemuruh

8 Abot dan Akim itu memang ............. Mereka suka melepak tidak tentu arah
sehingga lewat malam baru pulang ke rumah.
A kutu rayau
B kutu embun
C kacang hantu
D hantu siang

9 Datuk selau berpesan kepada kami agar menjaga ............. apabila berada
di perantauan.
A isi hati
B harga diri
C harga mati
D ringan mulut .

10 Setelah selesai makan nasi ambang, kami dihidangkan pula dengan ................
A pencuci tangan
B pencuci mulut
C pencuci kaki
D buah tangan

Sunday 4 December 2011

BELAJAR TATABAHASA BERSAMA CIKGU-Kata Ganda

                         Assalamualaikum.....sambil bercuti kita belajar Kata Ganda
                        Semoga selepas ini,murid-murid dapat menulis ayat dengan betul dan
                        baik.
BETUL 
1.Sudah bertahun-tahun dia tinggal di sini.

SALAH
1.Sudah bertahun dia dia tinggal di sini.  

BETUL
2. Sudah berhari-hari dia tidak makan nasi,     

SALAH
2. Sudah berhari dia tidak makan nasi.

BETUL
3. Langit-langit mulutnya terluka.
    Lelangit mulutnya terluka.

SALAH
3.Langit mulutnya terluka.

BETUL
4. Lina memanggil anaknya berkali-kali.

SALAH
4. Lina memanggil anaknya berkali.  

Monday 21 November 2011

BELAJAR BERSAMA CIKGU- NILAI-NILAI MURNI DALAM PENULISAN

                   Assalamualaikum semua.                                                 
  Bahagian C penulisan memerlukan kefahaman dan latihan.
.Oleh sebab itu,semasa guru mengajar beri tumpuan dan latihan
 yang diberikan wajib disempurnakan.Terdapat 17 nilai-nilai
 murni yang perlu murid-murid kuasai.Iaitu:-
 
         1.BAIK HATI           2.BERDIKARI       3.HEMAH TINGGI

         4.HORMAT-MENGHORMATI               5.KASIH-SAYANG   
           
         6.KEADILAN         7.KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

         8.KEBERANIAN   9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

         10..KEJUJURAN   11.KERAJINAN    12.KERJASAMA

         13.KESEDERHANAAN                      14.KESYUKURAN

         15,RASIONAL      16.SEMANGAT BERMASYARAKAT

         17.PATRIOTISME

                                              SELAMAT BELAJAR!

Sunday 20 November 2011

MARI BELAJAR BERCERITA BERSAMA RAKAN-RAKAN KITA

                                      Cikgu tahu murid-murid sangat suka apabila guru
                            mengajar sambil bercerita.Hari ini,cuba kamu dengar dan
                            tonton video kawan-kawan kamu yang menyertai  per-
                            tandingan bercerita.

                                                                     

                                                                             

                          Seronok bukan! Mereka sangat petah,yakin dan berbakat dalam
                  bercerita.Usaha dan minat adalah perkara utama yang perlu ada dalam
                  diri kamu jikalau ingin menjadi seperti mereka.

BELAJAR BERSAJAK BERSAMA PENYAJAK TERKENAL

                                                              

                                                                
Dengar,hayati dan teladani cara penyajak terkenal ini mendeklamasikan sajak-sajak itu.
Cikgu berharap video ini dapat membantu murid-murid dalam bersajak dan
menulis sajak yang baik.Selamat mencuba!
                                                                        

BELAJAR TATABAHASA BERSAMA CIKGU-Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan

                                     Apa khabar murid-murid.Hari ini kita akan belajar
                            menggunakan Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan
                            yang betul.Selamat bercuti dan selamat belajar!


                       KATA BILANGAN                         

              BETUL                         SALAH                     

 satu jam setengah                  satu setengah jam
 satu ringgit setengah              satu setengah ringgit
 berbagai-bagai                       berbagai
 kedua-dua orang budak         kedua orang budak
 setengah-setengah orang        setengah orang
 tiap-tiap hari                          tiap hari
 para guru                              para-para guru
 satu bulan setengah              satu setengah bulan 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                         PENJODOH BILANGAN


            BETUL                           SALAH

 setiap murid                         setiap orang murid
 semua pekerja                     semua orang pekerja
 seluruh kampung                  seluruh buah kampung
 segala binatang                    segala ekor binatang
 sekalian peserta                   sekalian orang peserta

               

PENULISAN BAHAGIAN C - PENGAJARAN

                          Hari ini,mari kita belajar mengenai pengajaran di dalam petikan.
 
      Semasa kakak pergi bekerja,adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-
  main di situ.Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata
  kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca.Cenderamata itu adalah pem-
  berian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
       Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan
  cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya.Tiba-tiba,cenderamata
  itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai.
  Emak memarahi adik.
       Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja.Kakak sungguh sedih
  apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah.Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.


 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

      1. meminta izin - sebelum memasuki bilik kakak
      2. jangan mengusik barang orang lain - tanpa kebenaran
      3. mendengar nasihat dan teguran - daripada orang yang lebih tua
      4. meminta maaf - atas kesalahan yang dilakukan
      5. berfikiran rasional - berjanji tidak akan mengulangi kesilapan 

                                                     Contoh Jawapan

          Antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan kita hendaklah meminta
     izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik kakak.Kita seharusnya tidak mengusik
     barang kepunyaan kakak tanpa kebenarannya terlebih dahulu.Selain itu, dengarlah
     nasihat orang yang lebih tua dan terimalah teguran itu dengan baik.Kita juga
     sewajarnya meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.Di samping itu,
     kita hendaklah berfikiran rasional dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan
     itu lagi.







                  

PANDUAN CARA MENANAM DAN MENAMBAH MINAT MEMBACA

Panduan ini sangat berguna untuk guru,ibu-bapa dan semua.

(A). MEMBERI PELUANG DAN KEBEBASAN UNTUK MEMBACA SECARA
       BEBAS DAN SUKARELA

(B)  MERANCANG MASA TERTENTU BAGI PERBINCANGAN BUKU-BUKU
       YANG DIBACA OLEH MURID-MURID.GURU DAN IBU BAPA

(C)  MENAMBAHKAN BILANGAN BUKU YANG BERANEKA JENIS
       DAN BENTUK

(D)  MENYEDIAKAN TEMPAT ATAU SUDUT BACAAN YANG SELESA
       DAN MENARIK.

(E)  MERANCANG DAN MENYEDIAKAN AKTIVITI YANG BOLEH
       DIJALANKAN SELEPAS MEMBACA SESEBUAH BUKU CERITA.

(F)  MENJALANKAN PROGRAM BERCERITA.

(G)  MEWUJUDKAN PERPUSTAKAAN ATAU KELAB BUKU MINI
       DALAM KELAS.

(H) MEMENTASKAN DRAMA MINI, MAIN-PERANAN DAN
      SEBAGAINYA.

(I)  MEMBUAT PROJEK BERDASARKAN MAKLUMAT DAN
      BAHAN BACAAN

(J)  MENJALANKAN LATIHAN MENGARANG,PERADUAN
      DAN SEBAGAINYA.


Sumber    : Pedagogi Bahasa
Terbitan   : Longman
Penulis     : Kamarudin Hj.Husin

BELAJAR KARANGAN 1- Ibu bapa merupakan antara insan yang paling rapat dengan kita.Tulis sebuah karangan yang menyatakan sebab -sebab kita perlu menyayangi dan menghormati ibu-bapa kita.

     Cikgu tahu,ramai di antara murid-murid tidak suka membuat karangan.Sebenarnya jika murid-murid suka membaca apa sahaja bahan bacaan,kamu akan dapati,membuat karangan akan menjadi lebih mudah.Hal ini kerana apabila kita membaca,kita akan menambah perbendaharaan kata,menjana idea baru dan memperbetulkan kesalahan semasa menulis-penggunaan kata dan ayat.Di sini,cikgu akan berikan rangka jawapan untuk menjawab soalan ini.Selepas itu,cikgu harap kamu semua akan membina dan menulis karangan.Selamat menulis!

Pendahuluan: Ibu-bapa-insan paling rapat-mereka harus disayangi dan dihormati 
                      -pelbagai cara
Isi-isi:   -  banyak berkorban-ibu mengandung dan melahirkan-menyediakan
               makanan-semua keperluan-ayah membantu

           -  ayah-bekerja-tampung perbelanjaan keluarga-ibu turut bantu-keluar bekerja
                -buat kerja sambilan-pastikan perbelanjaan mencukupi

           -  kedua-dua-berikan pendidikan sempurna-masa hadapan anak-anak

           -  sentiasa memastikan -anak-anak -selamat dan sihat-sakit-dapatkan rawatan

Penutup: Anak-wajar hargai jasa dan pengorbanan ibu bapa     


                                             LAGU UNTUK IBU BAPA KITA!





BELAJAR TATABAHASA BERSAMA CIKGU - Kata Ganti Diri dan Kata Ganti Tunjuk

                        Murid-murid, Kata Ganti Diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.

Contoh:-
1. Kereta itu cantik.Ia baru dibeli oleh kakak.            (salah)
    Kereta itu cantik.Kereta itu baru dibeli oleh ayah.   (betul)

2. Arnab ini kurus.Dia sakit.              (salah)
    Arnab ini kurus. Arnab ini sakit      (betul)

3. Ini labu.Ia sedap dimasak lemak.       (salah)
    Ini labu.Labu sedap dimasak lemak.  (betul)

Murid-murid,semua Kata Ganti Diri tidak boleh digandakan.

     BETUL           SALAH

     anda                anda-anda
     kamu               kamu-kamu
     mereka            mereka-mereka         


     Kata Ganti Tunjuk

1. Itu sekolahsangat besar.  (salah)
    Sekolah itu amat besar.   (betul)

2. Ini pen bukan pen saya.  (salah)
    Pen ini bukan pen saya.  (betul)

3. Itu orang pelancong.       (salah)
    Orang itu pelancong.       (betul)
  

Friday 4 November 2011

PERKARA YANG ANDA MESTI AMBIL TAHU MENGENAI KARANGAN

TUJUAN ANDA MENGARANG





1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.


 PANDUAN MENGARANG / MENULIS
 
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup


A. Pengenalan 
 
 Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


B. Isi

 Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.


Tip
Antara kaedah mencari isi

Kaedah I ( pertanyaan )   Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
 

C. Penutup 
 
 Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.