Sunday 9 October 2011

BUKA MINDA KITA DENGAN KAMUS DEWAN Cetakan Kedua (1984)

CIAS  -  tidak sabar, meradang
  Contoh ayat : Ibu cias dengan sikap Anisha yang suka merajuk.

HIRAP  -  hilang, lenyap
  Contoh ayat : Objek pelik yang baru ditemui oleh Encik Azim di kebunnya tadi telah hirap begitu sahaja.

REBAS  -  bertitikan, berjatuhan,(air dll)
   Contoh ayat : Air mata ibu merebas turun membasahi pipinya yang putih gebu.

TUHFAH, TUHFAT  -  hadiah atau pemberian yang berharga,cenderamata
    Contoh ayat : Sultan Pahang gembira menerima tuhfah daripada Siti Arini sebentar tadi

No comments:

Post a Comment