Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik main peranan
- Teknik permainan bahasa
- Teknik latih tubi
- Teknik bercerita
- Teknik inkuiri
- Teknik perbahasan
- Teknik kuiz
- Teknik sumbangsaran
- Teknik soal jawab
- Teknik simulasi
- Teknik drama
- Teknik perbincangan
- Teknik forum
- Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
- Menarik Minat murid
- Mengekalkan perhatian
- Membangkitkan rasa ingin tahu
HARI INI KITA FOKUSKAN DULU TEKNIK SOAL-JAWAB DAN TEKNIK BERCERITA
TEKNIK SOAL – JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
- Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
- Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
- Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
- Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
- Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
- Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
- Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
- Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
- Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
No comments:
Post a Comment