Assalamualaikum semua.
Bahagian C penulisan memerlukan kefahaman dan latihan.
.Oleh sebab itu,semasa guru mengajar beri tumpuan dan latihan
yang diberikan wajib disempurnakan.Terdapat 17 nilai-nilai
murni yang perlu murid-murid kuasai.Iaitu:-
1.BAIK HATI 2.BERDIKARI 3.HEMAH TINGGI
4.HORMAT-MENGHORMATI 5.KASIH-SAYANG
6.KEADILAN 7.KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
8.KEBERANIAN 9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
10..KEJUJURAN 11.KERAJINAN 12.KERJASAMA
13.KESEDERHANAAN 14.KESYUKURAN
15,RASIONAL 16.SEMANGAT BERMASYARAKAT
17.PATRIOTISME
SELAMAT BELAJAR!
ALAM TAMBAH BERSERI,HIDUP LEBIH BEERTI APABILA BICARA MEWARNAI
Monday, 21 November 2011
Sunday, 20 November 2011
MARI BELAJAR BERCERITA BERSAMA RAKAN-RAKAN KITA
Cikgu tahu murid-murid sangat suka apabila guru
mengajar sambil bercerita.Hari ini,cuba kamu dengar dan
tonton video kawan-kawan kamu yang menyertai per-
tandingan bercerita.
Seronok bukan! Mereka sangat petah,yakin dan berbakat dalam
bercerita.Usaha dan minat adalah perkara utama yang perlu ada dalam
diri kamu jikalau ingin menjadi seperti mereka.

BELAJAR BERSAJAK BERSAMA PENYAJAK TERKENAL
Dengar,hayati dan teladani cara penyajak terkenal ini mendeklamasikan sajak-sajak itu.
Cikgu berharap video ini dapat membantu murid-murid dalam bersajak dan
menulis sajak yang baik.Selamat mencuba!
BELAJAR TATABAHASA BERSAMA CIKGU-Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan
Apa khabar murid-murid.Hari ini kita akan belajar
menggunakan Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan
yang betul.Selamat bercuti dan selamat belajar!
KATA BILANGAN
BETUL SALAH
satu jam setengah satu setengah jam
satu ringgit setengah satu setengah ringgit
berbagai-bagai berbagai
kedua-dua orang budak kedua orang budak
setengah-setengah orang setengah orang
tiap-tiap hari tiap hari
para guru para-para guru
satu bulan setengah satu setengah bulan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENJODOH BILANGAN
BETUL SALAH
setiap murid setiap orang murid
semua pekerja semua orang pekerja
seluruh kampung seluruh buah kampung
segala binatang segala ekor binatang
sekalian peserta sekalian orang peserta

PENULISAN BAHAGIAN C - PENGAJARAN
Hari ini,mari kita belajar mengenai pengajaran di dalam petikan.
Semasa kakak pergi bekerja,adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-
main di situ.Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata
kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca.Cenderamata itu adalah pem-
berian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan
cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya.Tiba-tiba,cenderamata
itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai.
Emak memarahi adik.
Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja.Kakak sungguh sedih
apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah.Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. meminta izin - sebelum memasuki bilik kakak
2. jangan mengusik barang orang lain - tanpa kebenaran
3. mendengar nasihat dan teguran - daripada orang yang lebih tua
4. meminta maaf - atas kesalahan yang dilakukan
5. berfikiran rasional - berjanji tidak akan mengulangi kesilapan
Contoh Jawapan
Antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan kita hendaklah meminta
izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik kakak.Kita seharusnya tidak mengusik
barang kepunyaan kakak tanpa kebenarannya terlebih dahulu.Selain itu, dengarlah
nasihat orang yang lebih tua dan terimalah teguran itu dengan baik.Kita juga
sewajarnya meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.Di samping itu,
kita hendaklah berfikiran rasional dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan
itu lagi.

PANDUAN CARA MENANAM DAN MENAMBAH MINAT MEMBACA
Panduan ini sangat berguna untuk guru,ibu-bapa dan semua.
(A). MEMBERI PELUANG DAN KEBEBASAN UNTUK MEMBACA SECARA
BEBAS DAN SUKARELA
(B) MERANCANG MASA TERTENTU BAGI PERBINCANGAN BUKU-BUKU
YANG DIBACA OLEH MURID-MURID.GURU DAN IBU BAPA
(C) MENAMBAHKAN BILANGAN BUKU YANG BERANEKA JENIS
DAN BENTUK
(D) MENYEDIAKAN TEMPAT ATAU SUDUT BACAAN YANG SELESA
DAN MENARIK.
(E) MERANCANG DAN MENYEDIAKAN AKTIVITI YANG BOLEH
DIJALANKAN SELEPAS MEMBACA SESEBUAH BUKU CERITA.
(F) MENJALANKAN PROGRAM BERCERITA.
(G) MEWUJUDKAN PERPUSTAKAAN ATAU KELAB BUKU MINI
DALAM KELAS.
(H) MEMENTASKAN DRAMA MINI, MAIN-PERANAN DAN
SEBAGAINYA.
(I) MEMBUAT PROJEK BERDASARKAN MAKLUMAT DAN
BAHAN BACAAN
(J) MENJALANKAN LATIHAN MENGARANG,PERADUAN
DAN SEBAGAINYA.
Sumber : Pedagogi Bahasa
Terbitan : Longman
Penulis : Kamarudin Hj.Husin

BELAJAR KARANGAN 1- Ibu bapa merupakan antara insan yang paling rapat dengan kita.Tulis sebuah karangan yang menyatakan sebab -sebab kita perlu menyayangi dan menghormati ibu-bapa kita.
Cikgu tahu,ramai di antara murid-murid tidak suka membuat karangan.Sebenarnya jika murid-murid suka membaca apa sahaja bahan bacaan,kamu akan dapati,membuat karangan akan menjadi lebih mudah.Hal ini kerana apabila kita membaca,kita akan menambah perbendaharaan kata,menjana idea baru dan memperbetulkan kesalahan semasa menulis-penggunaan kata dan ayat.Di sini,cikgu akan berikan rangka jawapan untuk menjawab soalan ini.Selepas itu,cikgu harap kamu semua akan membina dan menulis karangan.Selamat menulis!
Pendahuluan: Ibu-bapa-insan paling rapat-mereka harus disayangi dan dihormati
-pelbagai cara
Isi-isi: - banyak berkorban-ibu mengandung dan melahirkan-menyediakan
makanan-semua keperluan-ayah membantu
- ayah-bekerja-tampung perbelanjaan keluarga-ibu turut bantu-keluar bekerja
-buat kerja sambilan-pastikan perbelanjaan mencukupi
- kedua-dua-berikan pendidikan sempurna-masa hadapan anak-anak
- sentiasa memastikan -anak-anak -selamat dan sihat-sakit-dapatkan rawatan
Penutup: Anak-wajar hargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
LAGU UNTUK IBU BAPA KITA!

BELAJAR TATABAHASA BERSAMA CIKGU - Kata Ganti Diri dan Kata Ganti Tunjuk
Murid-murid, Kata Ganti Diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.
Contoh:-
1. Kereta itu cantik.Ia baru dibeli oleh kakak. (salah)
Kereta itu cantik.Kereta itu baru dibeli oleh ayah. (betul)
2. Arnab ini kurus.Dia sakit. (salah)
Arnab ini kurus. Arnab ini sakit (betul)
3. Ini labu.Ia sedap dimasak lemak. (salah)
Ini labu.Labu sedap dimasak lemak. (betul)
Murid-murid,semua Kata Ganti Diri tidak boleh digandakan.
BETUL SALAH
anda anda-anda
kamu kamu-kamu
mereka mereka-mereka
Kata Ganti Tunjuk
1. Itu sekolahsangat besar. (salah)
Sekolah itu amat besar. (betul)
2. Ini pen bukan pen saya. (salah)
Pen ini bukan pen saya. (betul)
3. Itu orang pelancong. (salah)
Orang itu pelancong. (betul)

Saturday, 5 November 2011
Friday, 4 November 2011
PERKARA YANG ANDA MESTI AMBIL TAHU MENGENAI KARANGAN
TUJUAN ANDA MENGARANG
1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip
Antara kaedah mencari isi
Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)