CIAS - tidak sabar, meradang
Contoh ayat : Ibu cias dengan sikap Anisha yang suka merajuk.
HIRAP - hilang, lenyap
Contoh ayat : Objek pelik yang baru ditemui oleh Encik Azim di kebunnya tadi telah hirap begitu sahaja.
REBAS - bertitikan, berjatuhan,(air dll)
Contoh ayat : Air mata ibu merebas turun membasahi pipinya yang putih gebu.
TUHFAH, TUHFAT - hadiah atau pemberian yang berharga,cenderamata
Contoh ayat : Sultan Pahang gembira menerima tuhfah daripada Siti Arini sebentar tadi
No comments:
Post a Comment