1. Setiap pelajaran tatabahasa yang diajarkan hendaklah diikuti dengan banyak
contoh yang sesuai.
2. Kaitkan penerangan dengan perkara-perkara yang berlaku.Wujudkan satu situasi
yang bermakna.
3. Fungsi awalan dan akhiran haruslah diajar berhubung dengan karangan atau per-
tuturan.
4. Banyakkan ulangan dan latih tubi untuk mengekalkan ingatan.
5. Jangan sesekali meminta murid-murid menghafal definisi.
6. Segala kesalahan yang ditemui dalam karangan atau pertuturan hendaklah dibetulkan
dengan teknik-teknik tatabahasa yang betul.
7. Guru hendaklah mencari jalan agar pelajaran tatabahasa ini dapat disampaikan
dengan cara yang menarik dan dalam suasana yang menggembirakan.
8. Pelajaran tatabahasa akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru menjalankan
pengajarannya berdasarkan sebuah petikan.Aspek-aspek tatabahasa akan lebih jelas
dilihat melalui penggunaannya dalam ayat-ayat.
SELAMAT BERUSAHA
ALAM TAMBAH BERSERI,HIDUP LEBIH BEERTI APABILA BICARA MEWARNAI
Wednesday, 26 October 2011
Monday, 17 October 2011
Sebaik sahaja membacanya,hati dipaut semangat .....
Gemuruh kita bersorak
bumi dan langit retak
pertama dan terakhir
berani kita bergerak
darah dan daging serentak
hingga ke saat akhir
Padu kita berhasrat
hingga bumi kiamat
pertama dan terakhir
kuat jantung berdetak
untung berpaling tidak
biar di geladak air
Rela kita mengangkat
cita bangsa berdaulat
ke puncak bumi berukir!
A.SAMAD SAID
Tuesday, 11 October 2011
TATABAHASA OH TATABAHASA.......SILAP LAGI!
Hari ini saya nak fokus kata sendi sebab ramai yang selalu keliru.....
1. Baju tidurnya diperbuat dari kulit harimau.
2. Kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dengan unsur dadah.
3. Sumbangan dari rakyat penting untuk kemajuan ekonomi negara.
4. Ahmad lebih besar dari abangnya.
PENGGUNAAN PERKATAAN DARI DALAM SEMUA AYAT TERSEBUT ADALAH SALAH.SEPATUTNYA DITULIS ......... DARIPADA..........
Sunday, 9 October 2011
APA ITU? OH BUKU....GURINDAM ALAM....SILA JAWAB PANTUN TEKA-TEKI INI
ISI KANDUNGAN - PANTUN-PANTUN TEKA-TEKI
Hujan ribut waktu pagi,
Terbang helang ke tepi lembah:
Sekali disebut tempatnya tinggi,
Kalau diulang tempatnya rendah. jawapan : ................
Batu bara sepanjang kota,
Gugur belimbing berkecai remuk;
Wahai saudara cubalah teka,
Lulus kambing tak lulus nyamuk. jawapan : .................
AYUH CARI KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM GAMBAR
AYUH SEMUA....KITA CARI DAN TULIS KATA SIFAT
1. ....................... 2. ....................... 3. ......................... 4. ........................
KITA CARI DAN TULIS KATA KERJA
1. ..................... 2 . ...................... 3. ........................ 4. .......................
1. ....................... 2. ....................... 3. ......................... 4. ........................
KITA CARI DAN TULIS KATA KERJA
1. ..................... 2 . ...................... 3. ........................ 4. .......................
BUKA MINDA KITA DENGAN KAMUS DEWAN Cetakan Kedua (1984)
CIAS - tidak sabar, meradang
Contoh ayat : Ibu cias dengan sikap Anisha yang suka merajuk.
HIRAP - hilang, lenyap
Contoh ayat : Objek pelik yang baru ditemui oleh Encik Azim di kebunnya tadi telah hirap begitu sahaja.
REBAS - bertitikan, berjatuhan,(air dll)
Contoh ayat : Air mata ibu merebas turun membasahi pipinya yang putih gebu.
TUHFAH, TUHFAT - hadiah atau pemberian yang berharga,cenderamata
Contoh ayat : Sultan Pahang gembira menerima tuhfah daripada Siti Arini sebentar tadi
Contoh ayat : Ibu cias dengan sikap Anisha yang suka merajuk.
HIRAP - hilang, lenyap
Contoh ayat : Objek pelik yang baru ditemui oleh Encik Azim di kebunnya tadi telah hirap begitu sahaja.
REBAS - bertitikan, berjatuhan,(air dll)
Contoh ayat : Air mata ibu merebas turun membasahi pipinya yang putih gebu.
TUHFAH, TUHFAT - hadiah atau pemberian yang berharga,cenderamata
Contoh ayat : Sultan Pahang gembira menerima tuhfah daripada Siti Arini sebentar tadi
JOM KENALI PUISI TRADISIONAL
Seloka
Seloka merupakan sejenis puisi lama yang ditulis secara berangkap-rangkap. Rima akhirnya tidak tetap. Dalam seloka terdapat nada menyindir atau mengejek dan setiap baris mempunyai makna atau isi.
Gurindam
Gurindam pula sejenis puisi lama yang terdiri daripada dua baris atau kalimat. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan baris kedua berupa jawapannya. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas.
Syair
Syair berasal daripada perkataan Arab “syir” yang membawa maksud puisi. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan rima akhirnya a-a-a-a.
Pantun
Pantun ialah puisi Melayu hasil pemikiran masyarakat Melayu tanpa dipengaruhi karya asing. Antara bentuk pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun lapan kerat.
Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua merupakan maksud. Bagi pantun empat kerat, rimanya,a-b-a-b, iaitu dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud.
Subscribe to:
Posts (Atom)